Siapa jemput Umno masuk ke Sabah?

Bahagian 1

Oleh Penulis dan Penganalisis Politik Gundohing Musli Oli

  1. KOTA KINABALU: Selepas pilihan raya negeri 1986, parti PBS USNO dan BERJAYA merupakan anggota komponen Barisan Nasional. Manakala di Sarawak, parti-parti tempatan PBB, PRS, SUPP dan PDP juga anggota komponen Barisan Nasional.

Parti-parti tempatan negeri digalakkan menyertai Barisan Nasional yang memerintah di peringkat nasional supaya dapat menjalin hubungan politik yang baik dengan kerajaan Persekutuan.

  1. Parti PBS dan USNO sepatutnya bertanding atas lambang dacing (Barisan Nasional) dalam PRU tahun 1990. Pengagihan kerusi telahpun dimuktamadkan pucuk pimpinan tertinggi BN.
  2. Akan tetapi PBS telah khianati BN di saat akhir! Sehari sebelum penamaan calon, PBS membuat kejutan dengan pengumuman parti itu keluar daripada Barisan Nasional untuk menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Di Sarawak parti-parti tempatan kekal bersama BN pada 1990.
  3. Sejak menjadi kerajaan pada 1986, hubungan pemimpin PBS dengan pemimpin Persekutuan agak tegang. Ini berpunca daripada tindakan parti PBS menolak ‘Sabah Formula’ yang dicadangkan PM Tun Mahathir untuk meredakan ketegangan politik yang membawa kepada beberapa siri rusuhan setelah parti PBS menang tipis pilihan raya 1985.
  4. Rusuhan berlaku kerana parti USNO tidak berpuas hati dengan tindakan PBS yang mengkhianati perjanjian sulit dengan USNO untuk membentuk kerajaan campuran. PBS menang 25 kerusi, USNO 16, BERJAYA 6 dan PASOK 1 kerusi. Tetapi selepas keputusan PBS enggan bertemu wakil USNO sehingga berlaku insiden ‘rampasan kuasa’ di Istana Negeri.
  5. Dalam ‘Sabah Formula’ Tun Mahathir telah mencadangkan PBS, USNO ,dan BERJAYA membentuk Kerajaan Perpaduan. Kerajaan negeri akan diterajui PBS yang diberi jawatan KM.
  6. Semasa di Kuala Lumpur pemimpin PBS melaksana formula itu dan akan membentuk kabinet yg baru. Tetapi sebaik tiba di Kota Kinabalu, Datuk Pairin Kitingan mengumumkan pembubaran DUN Sabah.

BERSAMBUNG…

Related Articles

253FansLike

Latest Articles