Masiung (kanan) turut bermesra dengan para peserta yang menyertai program ceremah.
Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran teknologi merupakan kunci utama golongan muda membuka pintu kejayaan, kata Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.
Menurutnya, ilmu merupakan senjata paling ampuh bagi mengubah sebuah acuan yang signifikan dalam membentuk kerjaya masa hadapan.
” Sebuah negara akan mundur tanpa kemahiran ilmu dan kepakaran teknologi rakyatnya, ” kata beliau merasmikan Program Ceramah Motivasi SMJ 2025 di Dewan Tertutup Majlis Daerah di sini, semalam.
Masiung berkata, golongan belia yang cemerlang dalam pendidikan mampu menjadi pengubal dasar dalam pentadbiran kerajaan.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, golongan muda yang mempunyi kemahiran tinggi dan ijazah dalam kurikulum tertentu boleh menjadi akatek moden membangunkan sebuah negeri dan negara.
Beliau mengesa golongan muda di daerah itu supaya bijak merebut peluang pendidikan dan kerjaya yang disediakan kerajaan.
Masiung menegaskan, beliau telah membuka peluang kepada anak-anak muda yang cemerlang dalam pendidikan di Tongod melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti melalui bantuan Yayasan Pendidikan Tongod (YPT).
Jelasnya, YPT diwujudkan untuk membantu pelajar cemerlang di daerah itu melangkah ke menara gading sama ada di universiti tempatan dan luar negara.
YDT merupakan sebahagian tanggungjawab sosial sebuah agensi kerajaan Borneo Cement Sabah (BCS) Sdn Bhd, di mana kilangnya kini sedang dibina di Kampung Kawayoi, Tongod.
Kilang simen itu bukan sahaja menjurus kepada industri ekonomi tetapi turut membantu membina kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas kepada penduduk sekitar.
Lebih 300 peserta terdiri golongan muda, pelajar dan persatuan menyertai ceramah motivasi berkenaan.
Program dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institisi Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR)
dan Pemerkasa.