Tempoh 6 tahun, hanya 24 nelayan Sandakan terima bantuan insentif – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata hanya 24 nelayan di Sandakan yang menerima bantuan mendapat pelbagai bantuan insentif dalam tempoh 6 tahun.

Beliau menjelaskan bantuan insentif ini iaitu enjin sangkut 15 kuasa kuda, utas pukat tangsi pelbagai saiz, bintur ketam, pakej lengkap peralatan menangkap ikan dan jaket keselamatan

Suhaimi berkata jumlah penerima bantuan insentif ini terlalu kecil dalam tempoh 2020 hingga 2025 adalah satu penggal kerajaan GRS memerintah.

“Ini tidak wajar, dalam Parlimen Libaran sahaja terdapat 368 nelayan berdaftar melalui Persatuan Nelayan Kawasan Libaran, ini tidak termasuk Sandakan.

Suhaimi menegaskan pelbagai aduan diterima dari golongan nelayan di Libaran yang masih ramai memerlukan enjin sangkut, utusan pukat tangsi pelbagai saiz dan pakej lengkap peralatan menangkap ikan.

Beliau menggesa Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah supaya lebih proaktif membantu nelayan di daerah Sandakan termasuk dari Libaran yang masih belum menerima pelbagai bantuan insentif.

Selain itu, Suhaimi berkata Program Penanaman Rumpai Laut di Pulau Nunuyan yang melibatkan 14 orang nelayan hanya dilaksanakan pada tahun 2021.

“Program ini sepatutnya dilaksanakan setiap tahun sehingga 2025 bagi membantu nelayan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Suhaimi berkata di bawah Program Peningkatan Pendapatan, nelayan boleh memohon untuk menjadi peserta Skim Bantuan Nelayan (i-NELAYAN) dan inisiatif Pembangunan Industri Kecil Perikanan (i-HILIRAN).

“Sepanjang RMKe-12, seramai 68 orang peserta dari kawasan Sandakan telah menyertai program ini dan berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30%.

“Jumlah pinjaman yang diluluskan untuk peserta i-NELAYAN kawasan Sandakan adalah berjumlah RM378,553.00 manakala peserta i-HILIRAN berjumlah RM202,000.00,” katanya yang juga ADUN Dilantik, selepas menerima jawapan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bagi pertanyaan untuk jawapan lisan Persidangan DUN Sabah, baru-baru ini.

Suhaimi berkata Ko-Nelayan juga melaksanakan Program Bantuan Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan (i-JETI) sebagai kemudahan pendaratan hasil perikanan nelayan selain menjadi tempat untuk menyelenggara peralatan menangkap ikan dan jeti tambatan bot.

“Sebanyak 5 buah kampung di Sandakan dan Kinabatangan telah mendapat kemudahan i-JETI iaitu Kampung Bonggaya, Kampung Pamaguan, Kampung Mumiang, Kampung Tundun Bohangin dan Kampung Nelayan Tengah melibatkan jumlah peruntukan berjumlah RM240,546.00,” katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri agar menyediakan peruntukan tambahan bagi membina jeti baharu nelayan di Parlimen Libaran yang mana banyak jeti nelayan sedia ada telah usang dan mengalami kerosakan tidak boleh digunakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles