PKDM Kinabatangan terima tamparan hebat ketua bahagian Sertai GRS

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Parti Kesejatheraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Bahagian Parlimen Kinabatangan menerima tamparan hebat selepas Ketua Bahagianya, Laising Podok keluar dari parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kuamut.

Laising yang juga ketua penyelaras PKDM Kuamut menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah pada Majlis Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut di Dewan Kampung Sogo-Sogo, di sini pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, keputusan keluar daripada PKDM diambil setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu selepas dua tahun memimpin di peringkat Parlimen dan DUN.

Laising merupakan bekas Pegawai Unit Pemimpin Pembanguan Masyarakat (UPPM) Kuamut tahun (2015-2019) diberi tepukan gemuruh lebih 300 penyokong GRS selepas dipakaikan baju GRS di atas pentas.

” Kita akan mengadakan satu lagi majlis berasingan untuk kemasukan beramai-ramai ahli PKDM Kinabatangan ke dalam Gagasan Rakyat sebelum menjelang pilihanraya negeri ke-17, ” kata Laising.

Pada majlis itu, Masiung turut menerima kemasukan seramai 112 ahli baharu Gagasan Rakyat yang diketuai Micheal Tamoi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles