Henry Saimpon zahir rasa simpati penduduk atas Kiulu sering berdepan situasi rosak makanan akibat gangguan bekalan elektrik

KOTA KINABALU: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Henry Saimpon menzahirkan rasa simpati terhadap penduduk kampung di kawasan Kiulu, khususnya di sebelah atas Jalan Nabalu yang sering berdepan gangguan bekalan elektrik.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, bekalan elektrik terputus itu kadang-kadang berterusan sehingga dua hari. .

Henry yang juga Ketua Penyelaras KDM Kiulu berkata gangguan bekalan elektrik terbaharu dilaporkan berlaku di kawasan Tomis.

“Ada penduduk mengadu, semua makanan dalam aisbox rosak dan ada juga yang keroskan alat-alat letrik yang menyebabjan banyak kerugian kepada penduduk kampung.

“Ini kerana ada yang membeli stok makanan untuk 1-2 minggu,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Susulan itu, Henry turut melontarkan pertanyaan apakah kaedah kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kerugian seperti ini, memandangkan kebanyakan yang menanggung kerugian adalah kalangan penduduk yang tergolong dalam kumpulan B40.

Beliau berharap kerajaan dapat mencari jalan untuk ‘menolong’ mereka yang sering terkesan dengan gangguan bekalan elektrik tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles