Tiada kem-kem dalam UMNO Sabah – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa terdapat kem-kem dalam UMNO Sabah.

Beliau berkata ramai pimpinan baharu dalam UMNO Sabah yang menyuarakan pendapat berbeza tetapi pendekatan keputusan majoriti menjadi keputusan yang terbaik.

“Apapun yang ingin dilakukan dalam UMNO Sabah adalah bertujuan menjaga kepentingan rakyat Sabah untuk jangka masa pendek dan jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata sebarang keputusan UMNO Sabah dibuat secara bersama bukan dibuat oleh individu, dan amalan itu menjadi tunjang dalam menghadapi segala cabaran selama ini dan mendatang.

“Seperti mana yang diperkatakan oleh ketua UMNO Sabah bahawa kita masih menaruh harapan kepada part-parti tempatan untuk bersama yang mempunyai niat, tujuan yg sama serta meletakkan kepentingan negeri Sabah dan rakyat Sabah yang teratas,” katanya.

“Sudah tentu kami mahu berkawan dengan mereka yang tidak ‘menikam’ kita berkali-kali.

“Dengan apa yang sedang berlaku di negeri Sabah, sudah tentu kami ingin berikan tawaran yang terbaik untuk rakyat Sabah bagi kita mengecapi impian dn harapan yang terbaik bersama,” katanya.

Dalam hal ini, Jeffery berkata sebarang keputusan mendatang mesti membawa kepada kebaikan kepada rakyat, negara Malaysia dn negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles