SANDAKAN: Datuk Frankie Poon Ming Fung, ADUN Tanjong Papat, terus menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan rakyat dengan menyumbangkan papan untuk kerja-kerja baik pulih sebuah rumah yang telah usang dan mengalami kebocoran di bahagian siling.
Sumbangan ini bertujuan memastikan penghuni rumah tersebut dapat tinggal dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, terutama sekali dalam menghadapi cuaca tidak menentu.
Bantuan itu turut mencerminkan komitmen berterusan Datuk Frankie dalam menyantuni keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
Frankie berharap agar sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga yang terkesan, dan menggalakkan semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat dalam menjaga dan memperbaiki kediaman masing-masing.