Lebih 5,000 pengunjung hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Gagasan Rakyat Tambunan

TAMBUNAN: Majlis Rumah Terbuka Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan yang diadakan kelmarin, 12 April 2025 turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada seluruh masjid dan surau di daerah ini.

Setiap masjid dan surau menerima sumbangan kewangan sebanyak RM500 disampaikan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor. P. Paut.

Turut menerima sumbangan kewangan ialah pelajar Rumah Anak Yatim Tambunan (RAYT) 108 orang, ahli tertua Gagasan Rakyat Tambunan 4 orang semuanya iaitu Molimboi Liandun, Gadong Timbalang dan Tokoyo Kambilug kesemua mereka berusia 102 tahun, tiga beradik yatim piatu (Camelia, Charlene, Matheo Chanel daripada Kampung Rompon, Jamiley Thomas yang mengidap penyakit lumpu, Maelon Aldon John (kanser perut) dan Nurika Dongulu (kanser paru-paru) serta penyerahan sumbangan kerusi roda kepada puan Laima Bantasan berusi 99 tahun.

Victor turut menghulurkan sumbangan 1000 bakul makanan untuk warga emas, golongan kelainan kurang upaya (OKU) uzur dan serta mengagihkan sampul raya kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Victor berkata, sumbangan itu merupakan komitmen beliau selaku pemimpin dan ketua bahagian Gagasan Rakyat Tambunan.

“Dalam kita menikmati dan merayakan suasana hari raya, kita juga tidak melupakan kebajikan insan yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Termasuklah kebajikan masjid dan surau dan saya akan memastikan tidak ada yang tercicir dalam menerima sumbangan kewangan,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Gagasan Rakyat Tambunan yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan pada Sabtu.

Selain masjid dan surau, beliau juga telah menghulurkan bantuan kewangan kepada gereja dan chapel pada majlis rumah terbuka Krismas Tambunan pada Disember tahun lepas.

Pendek kata, sejak menerajui kepimpinan Gagasan Rakyat Tambunan, Victor amat mengambil berat kebajkan rakyat Tambunan termasuk institusi keagamaan dan pendidikan.

Mengenai penganjuran majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Gagasan Rakyat Tambunan, beliau berkata, ia diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat daerah itu untuk sama-sama menikmati kemeriahahan perayaan itu.

“Sudah tentu perayaan ini adalah jambatan untuk mengeratkan silaturahim dan kerharmonian dikalangan rakyat daerah ini,” katanya.

Victor berkata, beliau juga teruja dengan kehadiran ribuan pengunjung yang menghadiri majlis itu dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran berkenaan.

Lebih 5,000 pengunjung hadir termasuk pemimpin parti kompenen Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), antaranya, Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik dan Ketua Bahagian Parti Maju Sabah (SAPP) Tambunan, Johari Yong.

Selain menikmati juadah aidilfitri, pengunjung turut dihiburkan persembahan pentas selain berpeluang memenangi cabutan nama bertuah, antaranya hadiah utama sebuah motorsikal, mesin basuh, peti televisien, mesin pemotong rumput, bakul makanan dan sebagainya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles