KOTA BELUD: Ribuan pengunjung daripada pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya membanjiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Sri RJM, Kg Pirasan dekat sini hari ini.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Turut hadir Adun Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari, Adun Karambunai Datuk Yakub Khan, Adun Sukau Datuk Jafry Ariffin , Presiden Persatuan Media Tik Tokes Sabah Abdul Aziz Bidin dan Setiausaha USBO Dato Baharul Sawi.
Rumah Terbuka Hari Raya merupakan simbol perpaduan, sekali gus mempamerkan keharmonian hidup bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.