Jabatan Bahasa Kadazandusun IPG Kent suburkan program pemerkasaan Bahasa Kadazan Dusun

Barisan depan dari kiri, tempat duduk ke ketiga Puan Diane Chrisie Beth Lai, pensyarah Muzik, Puan Rosmahwati Binti Ebbie pensyarah Bahasa Kadazandusun IPGM Kent Tuaran, Encik Francis Lamun, Penceramah Kearifan Lokal Tenghilan, Dr. Rosie Johnny  Penyelaras Program , Puan Helena Geoffrey, penceramah pakaian dan tarian tradisi  Tenghilan, Puan Monica Geoffrey, fasilitator pakaian tradisi Tenghilan.

 
TUARAN: Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent telah mengadakan Program Kembara Budaya dan Kearifan Lokal Masyrakat Kadazan Dusun di sini baru-baru ini.

Program dua hari itu disertai siswa guru PPISMP BKD Ambilan Ogos 2024.
 
Program anjuran Jabatan Bahasa Kadazandusun IPGM Kampus Kent itu bertujuan memperluaskan lagi pengetahuan siswa guru dalam aspek kearifan lokal masyarakat Kadazan Dusun dan memberikan pengalaman langsung kepada siswa guru untuk mendalami budaya etnik Kadazan Dusun melalui penglibatan langsung dalam pelbagai aktiviti luar yang disusun sepanjang program.

Ia juga bermatlamat memberi pendedahan awal mengenai cabaran dan kepentingan memsiswa gurui aktiviti tradisional masyarakat Kadazan Dusun, selaras aspirasi kursus BKDB 1142 dalam bahagian HPK3.
 
Program tersebut diketuai Dr. Rosie Johnny, mentor kepada kelas BKD Ambilan Ogos 2024/2029.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan hasil program itu dan berharap agar program seumpama itu dapat dianjurkan pada masa hadapan kerana ia memberikan banyak manfaat dan ilmu kepada siswa guru.
 
Semasa program, para siswa guru berpeluang menemu bual En. Francis Lamun, seorang tokoh masyarakat, yang memperkenalkan sejarah dan asal-usul keturunan Damit.

Para siswa guru juga diberi peluang untuk mendengar dan memahami lebih lanjut tentang budaya masyarakat Kadazan Dusun, khususnya yang terdapat di Kampung Tenghilan.
 
Seterusnya, para siswa guru meneruskan program mereka dengan Bengkel Muzik Tradisi (Angklung) dan Bengkel Tarian Tradisi (Mongiggol dan Tarian Kondi) yang dipimpin oleh Pn. Dianie Chrisie Beth Lai, pensyarah IPGM Kampus Kent dan Kumpulan Penari Keturunan Damit.

Para siswa guru diperkenalkan muzik tradisional Kadazan Dusun, seperti alat muzik Angklung dan berpeluang untuk mencuba serta belajar memainkan alat muzik tradisi ini secara langsung.

Selain itu, peserta diberikan pendedahan tentang gerak-geri tarian tradisional masyarakat Kadazan Dusun, termasuk tarian Mongiggol dan Kondi yang kaya dengan nilai budaya dan seni.

Program diteruskan lagi dengan Bengkel Jahitan dan Sulaman Pakaian Tradisi yang dekendalikan oleh Puan Helena Geoffrey, penceramah pakaian tradisi dan Puan Monica Jeffri sebagai fasilitator.

Aktiviti tersebut memberikan peluang kepada siswa guru untuk belajar mengenai jahitan dan sulaman pakaian tradisi Kadazan Dusun khususnya jahitan dan sulaman motif baju tradisi Pekan Tenghilan, Tuaran yang merupakan elemen penting dalam budaya mereka.

Siswa guru dibimbing dalam teknik-teknik sulaman yang digunakan untuk menghasilkan pakaian tradisi seperti baju tradisional masyarakat Kadazan Dusun.

Pada sesi terakhir program, siswa guru turut mengikuti Bengkel Masakan Tradisional yang dikendalikan oleh Puan Helena Geoffrey.

Bengkel itu memberi siswa guru kesempatan untuk memsiswa gurui resipi tradisi dan cara-cara penyediaan makanan khas Kadazan Dusun.
Secara keseluruhannya, Program Kembara Budaya dan Kearifan Lokal Masyrakat Kadazan Dusun yang telah berlansung selama 2 hari ini telah memberi banyak ilmu dan pengalaman berkaitan dengan budaya Kadazan Dusun. Semua aktiviti yang dijalankan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
 
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan tetapi juga melibatkan siswa guru secara langsung dalam pelbagai aspek kebudayaan yang membentuk identiti masyarakat Kadazan Dusun. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan kelestarian budaya ini terus dikenali dan dihargai oleh generasi muda.
 
Puan Rosmahwati Binti Ebbie, pensyarah IPGM Kampus Kent menyatakan bahawa program seperti itu bukan sahaja membuka mata siswa guru tentang kepentingan melestarikan tradisi, tetapi juga memberikan pendedahan kepada mereka mengenai usaha komuniti dalam memastikan kesinambungan budaya terus terpelihara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles