Dato’ Victor P. Paut: Pemimpin Berjiwa Rakyat, Bukan Pengejar Jawatan

Sumber – Anak Muda Tambunan

KOTA KINABALU: Dalam dunia politik yang kian dicemari oleh kerakusan kuasa dan ketamakan jawatan, muncul seorang tokoh yang menjadi lambang keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan – Dato’ Victor P. Paut.

Beliau bukanlah insan yang gila kuasa, apatah lagi tamakkan jawatan.

Sikapnya yang rendah hati dan sedia memberi ruang kepada generasi muda membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang benar-benar mengutamakan masa depan rakyat, bukan kepentingan peribadi.

Ironinya, mereka yang sering menuduh Dato’ Victor tamak jawatan sebenarnya sedang menuding jari kepada cermin.

Mereka inilah yang enggan melepaskan jawatan, meskipun usia sudah lanjut dan semangat perjuangan makin pudar.

Ketamakan sebenar terserlah apabila seseorang takut digantikan oleh generasi baharu yang lebih segar, lebih bersemangat dan lebih dekat dengan denyut nadi rakyat.

Sedangkan Dato’ Victor telah lama menunjukkan contoh kepimpinan yang matang.

Bukan itu sahaja, Dato’ Victor juga terkenal sebagai seorang yang dermawan.

Bantuan dan sumbangan beliau kepada golongan kurang bernasib baik, sama ada dalam bentuk kewangan, makanan, pendidikan mahupun peluang pekerjaan, telah menjadikan beliau insan yang sangat dihormati oleh rakyat pelbagai lapisan.

Beliau tidak memilih bulu dalam membantu asalkan ada keperluan, Dato’ Victor pasti turun tangan.

Sikap inilah yang membezakan beliau daripada mereka yang hanya muncul semasa musim pilihan raya, menjanjikan bulan dan bintang tetapi menghilang sebaik undi dikira.

Dato’ Victor P. Paut adalah simbol pemimpin rakyat yang sejati, tidak tamak, tidak menindas, dan sentiasa menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.

Sabah, khususnya Tambunan, memerlukan lebih ramai tokoh seperti beliau. Pemimpin yang tidak hanya berkata-kata, tetapi membuktikan dengan tindakan. Pemimpin yang tidak membina kekayaan peribadi, tetapi menabur kekayaan kepada masyarakat.

Pemimpin yang tidak rakus kekal di kerusi, tetapi sedia menyerah baton perjuangan demi kesinambungan masa depan bangsa.

Kita tidak tahu bila lagi akan ada pemimpin yang berjiwa rakyat seperti beliau. Kuasa ada di tangan kita, kita yang memilih masa depan kita. Maka dengan itu, jangan biarkan orang lain mengubah tekad kita.

Hidup reformasi!

Related Articles

253FansLike

Latest Articles