Jaesman Gipin dilantik Ketua Penyelaras KDM Dun Pantai Dalit

PENAMPANG: Jaesman Gipin
dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dun Pantai Dalit berkuat kuasa serta merta.

Watikah pelantikan itu disampaikan Naib Presiden KDM GundohingHenry Saimpon di Ibu Pejabat KDM di sini hari ini.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Ketua Bahagian KDM Penampang Justin Silut Juani.

Justin menerima watikah pelantikan itu daripada Setiausaha Agung KDM Gundohing Willie Jude.

Sementara itu, Jaesman, 44, berkata
tanggungjawab yang diberikan itu merupakan amanah besar yang harus dipikul dengan kesungguhan.

“Saya bertekad bekerja keras memperkuatkan KDM di Dun Pantai Dalit dan memastikan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengurusan dan perkembangan parti di kawasan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.” katanya.

Jaesman juga berusaha untuk menggerakkan pelbagai aktiviti politik dan sosial, sekali gus memperkukuhkan kedudukan parti di peringkat kawasan.

“Saya juga beriltizam untuk memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan strategi pilihan raya di kawasan Pantai Dalit.

Katanya ini termasuk menyusun pasukan, menjalankan kempen, dan memastikan parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan kekuatan yang optimum untuk berjuang dalam PRN akan datang.

KDM pimpinan Priscella Peter dijangka bertanding lebih 45 kerusi pada PRN yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles