SANDAKAN: Satu insiden rumah runtuh telah dilaporkan berlaku sekitar jam 9.25 pagi hari ini di Jambatan 18, Kampung Sim Sim, melibatkan sebuah rumah kayu atas air yang dihuni oleh 12 orang penghuni.
Pasukan Pusat Khidmat ADUN N.56 Tanjong Papat telah segera turun padang sejurus menerima maklumat kejadian. Pihak JPAM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta SESB telah dihubungi serta-merta untuk memastikan keselamatan kawasan dan menjalankan siasatan lanjut.
Saya sendiri telah mengarahkan pasukan saya untuk memantau keadaan mangsa, mengenal pasti keperluan segera, dan menyalurkan bantuan awal yang diperlukan. Keutamaan kami adalah memastikan kebajikan mangsa diutamakan dan sebarang risiko keselamatan dikurangkan.
Kami menghargai tindakan pantas semua agensi penyelamat serta keprihatinan masyarakat setempat yang turut membantu. Saya akan terus memantau situasi ini dan memastikan semua mangsa mendapat sokongan yang sewajarnya.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
YB Datuk Poon Ming Fung @ Frankie
ADUN N.56 Tanjong Papat