WikiGap Tuaran Tahun 2025: Program penulisan artikel tentang wanita dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun


 
TUARAN: Wikimedia Community User Group Malaysia (WCUGM) dengan Kerjasama Embassy of Sweden, Kuala Lumpur, Malaysia telah menjemput Kelab Wikimedia Kent dengan kerjasama Jabatan Bahasa Kadazandusun (JBKD) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent bersama menganjurkan WikiGap Tuaran Tahun 2025 di sini baru-baru ini.

WikiGap itu merupakan program penulisan artikel tentang wanita dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun.
 
Bertempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent (IPGM) Kampus Kent Tuaran, Sabah, program itu menghimpunkan 53 peserta iaitu guru pelatih daripada opsyen Bahasa Kadazandusun, Sains dan Matematik, serta 6 fasilitator dari unit Wikipedia Kelab Wikimedia Kent dengan bimbingan 3 orang kakitangan Wikimedia Community User Group Malaysia (WCUGM).
 
Turut serta program itu ialah Puan Elizabeth Filex, Ketua Misi Konsulat Kehormat Sweden, Kota Kinabalu, Dr Ronald Yusri Batahong, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGM Kampus Kent, Encik John Gitom, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun IPGMK Kent, serta tiga wakil dari WCGUM iaitu Encik Farouk Azim, Penyelaras Program,  Encik Ahmad Wafiq Aqil Bin Kamarul, Ahli Lembaga Pengarah WCUGM dan Encik Ahmad Ali Karim, Duta Perhubungan Luar WCUGM dan Encik Vynn Suren Wakil dari The Sabah Society.
 
Pelaksanaan program tersebut penting dalam usaha untuk memperkaya artikel digital yang mengandungi maklumat tentang wanita, khususnya tokoh-tokoh penting.
 
Sesuai dengan judul program iaitu WikiGap atau dalam bahasa melayu sabagai Wiki-Jurang, program berkenaan mempunyai objektif yang sangat jelas iaitu mempersempit jurang bilangan artikel antara jantina (lelaki dan wanita).
 
Tambahan pula, adaptasi program itu dalam wawasan Kelab Wikimedia Kent telah memberi peluang kepada usaha menggunakan Bahasa Kadazandusun dalam Wikipedia Bahasa Kadazandusun untuk menulis artikel tentang wanita.

Usaha itu dilihat sebagai satu gerakan yang berpotensi untuk memperkaya penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam talian.
 
Di akhir program, sebanyak 131 artikel yang berjaya ditulis, iaitu 89 artikel baharu tentang wanita yang berjaya ditulis dalam Bahasa kadazandusun di Wikipedia Bahasa Kadazandusun dan 42 artikel lainya ditulis dalam Bahasa Melayu di Wikipedia Bahasa Melayu.
 
Menurut maklum balas salah satu peserta, program ini memberinya kesedaran tentang potensi perkembangan Bahasa Kadazandusun melalui penulisan artikel dalam talian.
 
Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, Dr Ronald Yusri Batahong, menyifatkan program itu sebagai usaha bertaraf antarabangsa, sama ada dari usaha penulisan artikel tentang wanita mahupun penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam penulisan artikel.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, menegaskan bahawa, semua peserta khususnya guru pelatih opsyen Bahasa Kadazandusun perlu terus konsisten dalam mempromosikan Bahasa Kadazandusun di taraf antarabangsa.
 
Puan Elizabeth Filex, Ketua Misi Konsulat Kehormat Sweden, Kota Kinabalu menyimpulkan bahawa semua sumbangan dalam program kali ini akan memberi inspirasi kepada komuniti untuk turut terlibat dan memastikan Wikipedia terus berkembang melalui kepelbagaian kandungan.
”The impact of your work will extend beyond this event, inspiring others to participate and ensuring that Wikipedia continues to grow as a diverse and representative platform.” Ungkapnya semasa ucapan perasmian penutupan program WikiGap Tuaran tahun 2025
 
Secara keseluruhannya, WikiGap Tuaran Tahun 2025 telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkaya artikel tentang wanita dan meningkatkan penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam penulisan dalam talian. Sebab bahasa adalah akar kepada ilmu, sesuai dengan motto Kelab Wikimedia Kent iaitu:
 “Boros nopo nga guas toilaan,”

Related Articles

253FansLike

Latest Articles