Suhaimi Naik Taraf Kemudahan Masjid dan Jalan di Tiga Kampung

SANDAKAN: Masjid Jamek Nurul Hidayah Kampung Sibugal dan Masjid An-Nur Kampung Sentosa Jalan Sungai Batang telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Haji Nasir untuk menaiktaraf kemudahan di kedua masjid berkenaan.

Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata Masjid Jamek Nurul Hidayah Kampung Sibugal telah menerima peruntukan dari Ahli Parlimen Libaran melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi menaiktaraf karpet masjid dan projek mencat masjid yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2024.

“Manakala, Masjid An-Nur Kampung Sentosa Jalan Sungai Batang, saya telah luluskan peruntukan melalui PMR Ahli Parlimen bagi membuat penambahan ruang Jemaah lelaki dan menaiktaraf karpet ruang utama masjid yang akan dilaksanakan tahun ini (2025).

“Menaiktaraf kemudahan masjid seperti pemasangan karpet baharu memberi keselesaan kepada Jemaah yang menunaikan solat di masjid berkenaan,” katanya semasa Program Jelajah Ramadan 2025 Ahli Parlimen Libaran di Masjid Jamek Nurul Hidayah Kampung Sibugal, Masjid An-Nur Kampung Sentosa dan Masjid Jamek Nurul Iman Kampung Padas, hari ini.

Suhaimi berkata projek penambahan ruangan Jemaah lelaki di Masjid An-Nur Kampung Sentosa perlu dinaik taraf seiring dengan pertambahan Jemaah supaya mempunyai ruang solat yang selesa.

Beliau berkata projek menaik taraf jalan gravel kepada konkrit dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padas turut diberi keutamaan dan projek melalui peruntukan PMR itu telah siap sepenuhnya tahun 2024.

Mengulas program hari ini, Ketua Bahagian UMNO Libaran itu memberitahu Alhamdulillah dimana dia (Suhaimi) dapat menyantuni golongan asnaf, warga emas dan OKU sekaligus menyampaikan sumbangan zakat kepada mereka di ketiga-tiga masjid berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles