KOTA KINABALU: Kerjaya seorang pemain bola sepak selepas bersara mungkin berbeza, masing-masing memilih hal tuju sendiri.
Sesetengah memilih untuk menjadi jurulatih, yang lain memilih untuk mengurus pasukan manakala yang lain memilih untuk menyertai persatuan bola sepak.
Namun begitu, terdapat juga bekas pemain bola sepak yang memilih untuk meninggalkan bidang sukan bolasepak sepenuhnya dan meneroka potensi bidang baharu termasuk dalam arena politiik.
Sebagai contoh sebelum memasuki kancah sepak terajang politik, Henry Saimpon, bekas pemain tengah Sabah, secara aktif terlibat dalam pengurusan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) –
Pertubhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia), dan kini memegang jawatan timbalan presiden KDM Malaysia.
Henry, 49, mula menyertai pasukan Liga Perdana Sabah 1997.
Beliau kemudiannya menyarung jersi pasukan Johor FC pada tahun 2002 sebelum kembali bermain dengan pasukan Sabah pada tahun 2004 sehingga 2009.
Pada tahun 2019 hingga 2020, Henry pula ldilantik sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Sabah.
Kebolehan beliau mengurus pasukan itu terserlah apabila Sabah muncul juara Liga Perdana dan sekali gus layak ke Liga Super.
Pada tahun 2018, Henry yang berasal dari Kampung Bongol, Kiulu mula berjinak-jinak dalam arena politik.
Penyertaannya dalam arena politik semakin ketara selepas beliau dilantik sebagai Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada tahun 2023 yang pada ketika itu diterajui Datuk Peter Anthony.
Kesibukan berpolitik tidak menjadi halangan kepada Henry untuk memburu kejayaan dalam bidang pendidikan.
Dengan berkat usaha gigih, beliau berjaya memperolehi Diploma Sains Politik dari Univesiti Teknologi Malaysia (UTM).
Dan yang terbaharu, Henry kini di peringkat akhir menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sains Politik dari universiti yang sama dan dijangka menerima skrol pada majlis konvokesyen pada hujung tahun ini.
“Seperti juga sukan bolasepak, saya melihat bidang politik ini cukup mencabar.
“Apapun berbekalkan pengalaman saya sebagai pemain Sabah, pengurus pasukan bolasepak Saban dan timbalan presiden badan NGO, saya sedia mengharungi cabaran ini dan sedia menabur bakti untuk kawasan saya sendiri di DUN Kiulu,” katanya.
Sebelum ini, bekas pemain Sabah dan bekas pemain kebangsaan Baddrol Bakhriar telah bertanding dalam PRN di DUN Gurun, Kedah dan berjaya memenangi kerusi itu dengan bergaya.
Adakah Henry mampu mengecapi kejayaan Baddrol? Jawapannya hanya dapat diketahui apabila lebih 16,000 pengundi Kiulu keluar mengundi pada PRN yang diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
DUN Kiulu kini diwakili Datuk Joniston Bangkuai.