Jelajah Iftar KTC dan UPPM Tiba di Semporna

SEMPORNA – Jelajah Iftar 2025 yang ditaja oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama UPPM Sabah diteruskan ke kawasan Parlimen ketiga terakhir, Semporna, petang tadi.

Majlis berbuka puasa tersebut diadakan di Dewan Arena Masyarakat Semporna, yang dihadiri oleh 400 orang. Sebanyak 30 orang dari golongan kurang berkemampuan turut menerima sumbangan khas daripada Sabah Softwoods Berhad.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau amat berbesar hati diberi peluang memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam Bulan Ramadan yang mulia ini.

Beliau berkata, KTC telah mencapai tahap pendigitalan maksimum dalam operasinya, menjadikannya sebuah syarikat yang hampir sepenuhnya tanpa kertas. Dengan memanfaatkan teknologi terkini,

KTC kini dapat menguruskan operasinya dengan lebih efisien di semua cawangan. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos, malah menjadikan KTC sebuah syarikat yang maju dalam industri, selangkah ke hadapan berbanding pesaing di pasaran tempatan dan serantau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles