Salleh Hadiri Majlis Iftar Madani di KB

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meluangkan masa bersama kira-kira 200 jemaah berbuka puasa sempena Program Ukhuwah Madani di SSK Centre, dekat sini pada Ahad.

Program itu merupakan anjuran Akademik Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Sabah.

Pada majlis itu, Salleh yang juga ADUN Usukan turut menyerahkan sumbangan berupa bakul makanan kepada seramai 150 Sukarelawan Malaysia daerah Kota Belud.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Syrifah Norfarahin Suhor, Penolong Pegawai Latihan Akademik Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles