𝗝𝗲𝗳𝗳𝗿𝗲𝘆 -𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗹𝗶𝘁 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗥𝗡-𝟭𝟲 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 – Siapa khianati siapa?

Kenyataan Media Ketua Penerangan UMNO Sabah/ Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU: Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, yang menuduh UMNO Sabah dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menepati janji dalam PRN16 Sabah adalah satu pembohongan serta cubaan menutup pengkhianatan yang dilakukan oleh beliau sendiri.

Pertama sekali, pertembungan ‘friendly contest’ dalam PRN16 tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran janji kerana gabungan ketika itu adalah satu pakatan longgar yang dibentuk untuk menumbangkan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

GRS hanya diumumkan secara rasmi pada hari penamaan calon, 12 September 2020. Sebelum itu, rundingan hanya berlaku antara BN dan PN, sementara PBS masih berteka-teki. Oleh itu, sebarang pertembungan BN dan PBS ketika itu tidak boleh dianggap sebagai pengkhianatan.

Jeffrey jangan lupa bahawa STAR sendiri yang mengkhianati kesepakatan dengan meletakkan calon menentang BN di kerusi yang telah dimenangi BN pada PRN 2018 iaitu DUN Paginatan, dan DUN Sook.

Selain itu, STAR juga meletakkan calon menentang PBS di enam kerusi lain, mencerminkan sikap oportunis mereka walaupun hanya memiliki dua kerusi sebelum PRN16 (Bingkor dan Tambunan).
Pengkhianatan lebih besar berlaku apabila PN turut ‘merestui’ calon-calon bebas ‘Mesra Perikatan Nasional’ untuk menentang BN. Selepas menang, mereka diterima masuk ke dalam kerajaan.

Bukankah ini satu pengkhianatan terang-terangan?

Pendek kata, yang tidak boleh dipercayai ialah Jeffrey dan PN sendiri, bukan BN.
Justeru, Jeffrey tidak layak berbicara soal kesetiaan dan kepercayaan kerana rekodnya sendiri membuktikan sebaliknya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles