Kebajikan Pekerja Diutamakan – Kata Datuk Dexter

BELURAN – Program Jelajah Iftar 2025 yang dianjurkan oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah diteruskan pada hari ini di destinasi ke-10, meliputi kawasan Parlimen Beluran termasuk DUN Telupid, Sugut, dan Labuk.

Dalam sidang media, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Labuk, Datuk Samad Jambri, menyatakan bahawa program ini dilaksanakan dengan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan KTC.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan rakyat di setiap kawasan tetapi juga untuk meringankan beban keluarga, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan.

Datuk Samad juga merakamkan penghargaan kepada KTC atas tajaan dan keprihatinan Datuk Dexter, dan berharap KTC dapat terus memberikan sumbangan serta menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain dalam memberikan bantuan kepada masyarakat.

Manakala Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, sektor pertanian khususnya industri udang di Beluran memiliki potensi besar untuk dimajukan. Sebagai usahawan, beliau melihat banyak peluang perniagaan yang boleh diteroka di kawasan ini.

Beliau turut berkongsi bahawa dalam sesi berbuka puasa, beliau sempat berbincang dengan Datuk Samad mengenai langkah-langkah untuk membantu industri tempatan dan mencipta lebih banyak kekayaan bagi masyarakat setempat, sambil mengambil kira aspek pembangunan ekonomi dan infrastruktur di kawasan sekitar.

Datuk Dexter juga berbesar hati diberi peluang untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat, berkongsi rezeki yang dinikmati sepanjang tahun dan memberi sokongan kepada rakyat di setiap kawasan.

KTC mengekalkan kadar pusing ganti kakitangan yang rendah, iaitu kurang daripada 3% berbanding purata industri.

Ini menunjukkan bahawa KTC bukan sahaja syarikat yang stabil tetapi juga majikan pilihan dalam industri.

Selain itu, KTC menawarkan gaji yang 30% lebih tinggi daripada kadar industri dan menyediakan peluang pendapatan serta pendedahan profesional yang luas kepada semua kakitangan.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis berbuka puasa tersebut, termasuk 30 penerima sumbangan duit Raya dari Sawit Kinabalu.

Turut hadir pada majlis ini termasuk Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin, Pegawai Daerah Beluran, Roger Appolunius, Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Hassan Majid, Datin Rosminah Arman, pemimpin tempatan, wakil KTC, serta pegawai UPPM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles