Shopping Raya KTC Bawa Senyuman Kepada Anak-anak Sabah

KOTA KINABALU – Program Shopping Raya sempena Jelajah Iftar 2025, yang ditaja oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, telah diadakan untuk 65 kanak-kanak terpilih di kawasan Parlimen Kota Kinabalu, bertempat di Servay Hypermarket, Likas, pagi tadi.

Seramai 50 kanak-kanak dan 15 remaja sekolah menengah menerima tajaan membeli-belah bernilai RM200 bagi mendapatkan pakaian dan kelengkapan baharu sempena Hari Raya Aidilfitri. Penerima sumbangan terdiri daripada anak-anak yatim, piatu, golongan asnaf dan golongan kurang upaya dari Rumah Amal Kasih Kingfisher dan kawasan sekitar.

Dalam sidang media, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, program ini merupakan penganjuran kali kedua di kawasan Kota Kinabalu. Beliau menekankan bahawa inisiatif seperti ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada kanak-kanak sempena perayaan, malah akan diteruskan di kawasan lain yang mempunyai penyumbang dan keperluan masyarakat.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Redonah dan Datuk Rosimah dan atas peluang untuk turut serta dalam penajaan program ini. Beliau memaklumkan bahawa selain tajaan pakaian raya, terdapat juga keluarga yang memohon bantuan barangan dapur kerana kehabisan stok makanan.

Tambah beliau, jelajah ini akan diteruskan ke Beluran pada keesokan harinya sebagai sebahagian daripada usaha berkongsi rezeki dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Turut hadir ialah Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yiew, pemimpin tempatan Datuk Rosimah Zakaria, Datuk Aziah, Datin Yee Tsai Siew serta pemimpin komuniti setempat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles