Datuk Dexter Lau Umum Bertanding Jawatan Presiden MCCC Sabah Pada Mei 2025

KOTA KINABALU – Datuk Dexter Lau, Pengarah Eksekutif KTC, hari ini mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding bagi jawatan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah pada pemilihan yang bakal diadakan pada bulan Mei tahun ini.

Datuk Dexter Lau yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan kepimpinan, berkata bahawa beliau berhasrat untuk membawa MCCC Sabah ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Selain daripada pengumuman mengenai pencalonannya, Datuk Dexter turut mengumumkan bahawa beliau telah mengenal pasti rakan sepasukannya yang akan berjuang bersama beliau untuk memimpin MCCC Sabah ke arah yang lebih progresif.

Beliau berharap dengan sokongan padu daripada ahli-ahli MCCC Sabah, mereka dapat bekerja dengan lebih efektif dan memajukan sektor perniagaan di negeri ini.

Pemilihan Presiden MCCC Sabah yang akan diadakan pada Mei 2025 ini dijangka akan menjadi platform penting bagi menentukan hala tuju organisasi tersebut untuk beberapa tahun akan datang.

Datuk Dexter Lau memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China melalui penglibatan aktifnya dalam Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC). Beliau kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MCCC Cawangan Sabah serta merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebangsaan MCCC Malaysia.

Dalam peranannya ini, beliau terus berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi dua hala dengan memastikan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara terus berkembang. Beliau juga giat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi usahawan tempatan.

Pengalaman beliau dalam bidang perniagaan sebagai usahawan pastinya memberi kelebihan dalam menarik pelaburan asing. Dengan pengetahuan yang mendalam tentang keperluan pasaran, strategi perniagaan, dan cara untuk berhubung dengan pelabur luar, beliau dapat memainkan peranan penting dalam merangsang minat pelaburan asing. Hal ini adalah selaras dengan halatuju kerajaan yang ingin memperluas penglibatan pelaburan asing dalam pelbagai industri di negeri ini. Keupayaan beliau untuk mengenal pasti peluang dan cabaran serta mewujudkan hubungan yang strategik dapat memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur dan berkembang bersama industri tempatan.

MCCC terdiri daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan pemimpin dalam industri, dan merupakan dewan perniagaan yang terkemuka.

Datuk Dexter membuat pengumuman ini di Kota Kinabalu sempena Jelajah Iftar 2025 anjuran KTC dan UPPM Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles