Bekas Pegawai Daerah Tamparuli, Celestinus Lawanding, Sertai Parti KDM

TAMPARULI: Bekas Pegawai Daerah Tamparuli dan Bekas Setiausaha Tetap Kementerian, Gundohing Celestinus Lawanding, secara rasmi menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dalam satu majlis di Kampung Minangkob baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bersempena dengan penubuhan cawangan baharu KDM bagi tiga kampung iaitu Kampung Minangkob, Kampung Koporingan, dan Kampung Kapa.

Dalam majlis yang dihadiri oleh penduduk setempat dan pemimpin KDM, borang penyertaan Gundohing Celestinus diserahkan kepada Ketua Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, Dr. Gaim James Lunkapis.

Penyerahan itu turut disaksikan Ketua Bahagian KDM Tuaran, Tuan Henry Saimpon dan Setiausaha Agung KDM, Tuan Willie Jude.

Dalam ucapannya, Gundohing Celestinus menyatakan bahawa keputusan beliau menyertai KDM adalah didorong oleh keyakinannya terhadap perjuangan parti dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Beliau turut menzahirkan harapan agar KDM terus berkembang dan menjadi wadah politik yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Sementara itu, Dr. Gaim James Lunkapis mengalu-alukan penyertaan Gundohing Celestinus, menyifatkannya sebagai satu suntikan semangat baharu kepada parti. Beliau turut menegaskan bahawa KDM komited dalam memperkukuhkan kedudukannya di Sabah, khususnya di DUN Tamparuli.

Dengan penyertaan Gundohing Celestinus, KDM yakin akan terus mendapat sokongan padu daripada rakyat dalam usaha membina masa depan yang lebih sejahtera untuk Sabah

Related Articles

253FansLike

Latest Articles