UMNO sentiasa terbuka terima semula bekas pemimpin, ahli – Salleh

KALABAKAN: UMNO sentiasa terbuka untuk menerima semula bekas pemimpin dan ahli kembali menyertai parti itu.

Advertisements

Sehubungan itu, bendahari UMNO Sabah. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru pemimpin dan ahli UMNO yang telah meninggalkan parti itu supaya kembali ke parti itu bagi mengukuhkan kembali parti.

Menurutnya parti itu mempunyai track rekod yang baik sebagai parti terkuat di Sabah.

“Pada saya UMNO ini adalah satu parti yang terbuka dan jika ada kawan-kawan kita yang mungkin sudah kelusr parti, seharusnya mereka kembali.

“Kalau kita sesat di tengah jalan kita tidak perlu lagi tanya kita di mana kita tengok saja di Waza macam mana (navigasi) kita kembali untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara kita.

“UMNO adalah parti yang berpengalaman dan hanya kita terkena Tsunami suatu ketika dulu tidak bermakna kita tidak mampu beri kesedaran kepada rakyat bahawa pilihan yang tepat adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Iftar anjuran UMNO bahagian Kalabakan.

Salleh berkata rakyat Sabah masih memberi sokongan kuat kepada parti itu dan hanya menunggu pilihan raya negeri untuk diterjemahkan,

“Kadang-kadang kita lupa rakyat kita ramai mereka yang senyap (silence majority) dan saya yakin mereka ini bersama kita kerana mereka ingin lihat Sabah ini terus stabil dan mereka ingin lihat tumpuan diberikan kepada usaha membangunkan negeri ini,” katanya.

Sumber – Astro Awani

Related Articles

253FansLike

Latest Articles