Program Sahur mega rapat hubungan sirahtulrahim

KOTA KINABALU: Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan, Kota Marudu telah menganjurkan program Sahir Mega menyediakan juadah sahur.

Advertisements

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menter Datuk Redonah Bahanda.

Dalam majlis itu, Redonah memberitahu beliau sangat teruja kerana dapat bersahur beramai-ramai dan solat berjemaah dan jarang sekali diadakan di peringkat kampung.

Katanya sedikit sebanyak, mengambalikan perasaan beliau ke zaman kanak-kanak semasa remaja ketika menyambut Ramadhan di kampung halaman dahulu.

“Semasa kita zaman kanak-kanak ia sebagai sejarah apabila kita merungkai semula mengingatkan betapa susahnya kita bangun untuk bersahur.

“Ibubapa kita terpaksa berkali-kali mengejutkan kita untuk bangun. Alhamdulillah, atas didikan dan pengalaman demikian, serta atas keinsafan sendiri maka apabila dewasa maka bangun awal untuk bersahur dan mengerjakan solat subuh itu akan lebih teratur dan istiqamah. Apa ertinya semua itu, saya menyimpulkan ia adalah didikan Ramadhan yang saban tahun kita harungi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Sahur Mega di Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan Kota Marudu di sini semalam.

Turut hadir Jainab Mahmood
Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid, Nurush Syifaa Kg. Ongkilan serta jawatakuasa program.

Menurut Redonah aktiviti Sahur Mega yang di anjurkan ini, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kebaikannya khususnya kepada Masyarakat setempat.

Jelasnya memberi ruang kerjasama ahli kariah setempat semasa membuat persiapan sahur selain enjalin silaturahim dalam kalangan masyarakat

Dalam masa yang sama juga memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk menikmati juadah seadanya oleh pihak penganjur. Dapat mendidik modal insan Kg Ongkilan bagaimana mengelola sesuatu acara, menjalin kerjasama dan mangambil contoh beribadah secara berjemaah katanya.

“Ia satu ilmu yang perlu dimanfaatkan kerana generasi muda adalah tonggak kepimpinan masa depan baik peringkat tinggi apatah lagi diperingkat kampung. Kita lentur buluh biarlah dari rebungnya ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles