KTC utamakan Pengambilan Pekerja Tempatan

KOTA MARUDU – KTC dan UPPM Negeri Sabah, meneruskan Jelajah Iftar 2025 ke destinasi ke-5 di Kota Marudu hari ini.

Advertisements

Program itu meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Bandau, Tandek dengan matlamat menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis Iftar yang berlangsung di Dewan PPR Korongkom, Kota Marudu, menyaksikan pengagihan juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, serta golongan B40.

Lebih 300 orang hadir, dan 30 orang menerima sumbangan wang saku raya dari Sawit Kinabalu dan bakul makanan dari KTC.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berharap inisiatif ini dapat membawa manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kata beliau, KTC berbangga kerana mengekalkan tenaga kerja yang terdiri daripada 70% rakan kerja Bumiputera dan 99% kakitangan adalah orang tempatan.

Ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkasakan masyarakat setempat dengan memberikan peluang pekerjaan yang berkualiti serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi di rantau ini.

Manakala pemimpin kawasan Kota Marudu Datuk Redonah Bahanda berkata, kali ini merupakan kali kedua KTC dan UPPM mengadakan majlis iftar di kawasan ini. Beliau berharap agar program ini dapat diteruskan pada tahun depan.

Tambah beliau, bukan sahaja di Kota Marudu, malah seluruh rakyat Sabah merasai nikmat daripada kerajaan negeri Sabah, seperti program Sentuhan Kasih, Perumahan SMJ, dan sebagainya.

Turut hadir ialah Pengarah UPPM Sabah, Datuk Haji Awang Kadin, Datin Yee Tsai Siew, Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah Sazayle Donold, pemimpin tempatan, pegawai kerajaan tempatan, eksekutif KTC, serta wakil UPPM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles