Priscella optimis KDM berada dalam kerajaan selepas PRN

KOTA KINABALU: Priscella Peter yang dipertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yakin parti tempatqn itu akan berada dalam kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

“Kita akan menghadapi PRN17, matlamat kita adalah membawa perubahan dan pembaharuan kepada negeri ini, kita berjuang demi kesejahteraan masyarakat Sabah, yakinlah kita pasti mampu melakukannya, KDM pasti akan berada dalam kerajaan selepas pilihan raya nanti,” katanya.

Priscella berkata beliau akan berganding bahu dengan seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Wetrom Bahanda untuk sama-sama memperkuatkan lagi parti itu.

Katanya, walaupun beliau diberikan tanggungjawab untuk menggantikan bapanya dalam menjalankan tugas presiden parti, namun Wetrom juga mempunyai peranan besar dalam KDM.

Beliau berkata, pengalaman dan kebolehan luas Ahli Parlimen Kota Marudu itu pastinya ditagih parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Menurutnya, oleh sebab itu jugalah Wetrom sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya KDM.

“Apa yang penting saya dan Wetrom bersama dengan pimpinan parti yang lain akan bekerjasama bukan saja sebagai satu pasukan tetapi sebagai satu keluarga.

“Ini (menjalankan tugas presiden) merupakan satu tanggungjawab besar, tapi saya yakin dengan semangat kekeluargaan dan permuafakatan yang ada dalam kepimpinan KDM, kami mampu menghadapi apa jua cabaran seterusnya mencipta kejutan pada PRN17 nanti.

“Saya harap semua bahagian menerima keputusan ini kerana apa yang telah dirancang oleh pimpinan adalah yang terbaik untuk parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles