KIULU: Lions Club of Kota Kinabalu City telah mengadakan Kem Perubatan Percuma dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran di SK Malangang Baru, Kiulu, Tuaran baru-baru ini.
Ia meliputi pemeriksaan kesihatan biasa, pemeriksaan mata dan bantuan cermin mata, ginekologi, gigi, ceramah pemeriksaan payu dara dan farmasi.
Aktiviti lain sempena program itu ialah gunting rambut percuma, permainan untuk kanak-kanak, bantuan bakul makanan untuk warga emas, oku dan yang sakit serta agihan barangan terpakai .
Aktiviti ini telah memberi manfaat kepada penduduk 6 buah kampung sekitar yang berdekatan dengan SK Malangang Baru, Kiulu, Tuaran.
Guru Besar SK Malangang Baru, Encik John Wayne Linggang berkata program CSR seumpama itu amat bermanfaat kepada masyarakat sekitar kearah mengujudkan masyarakat sihat dan sejahtera seterusnya dapat meringankan sedikit bebanan kepada penduduk yang memerlukan bantuan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Lions Club of KK City, Pejabat Kesihatan Tuaran dan semua yang menjayakan aktiviti Kem Perubatan itu.
Terdahulu, Datin Shirley Chew mewakili Lions Club of KK City mengucapkan terima kasih atas kesediaan SK Malangang Baru, Tuaran menjadi lokasi Kem Perubatan tersebut.