Ewon lancarkan Classroom Smartboard SRJK Yue Min Penampang

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan papan pintar interaktif atau Classroom Digital SRJK Yue Min Penampang.

Advertisements

Pemasangan papan pintar tersebut mencakupi 38 bilik darjah di sekolah tersebut yang dibiayai melalui peruntukan sebanyak RM50,000 yang disalurkan oleh Ewon kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut pada tahun lalu.

“Saya hargai inisiatif pihak sekolah dan PIBG yang mahu pembudayaan digitalisasi digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

“Saya yakin inisiatif ini bukan hanya mengujudkan persekitaran interaktif dalam bilik darjah, tetapi menyediakan para pelajar kepada dunia pekerjaan, perusahaan dan urusan harian yang semakin banyak menggunakan komponen digitalisasi,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang turut bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM35,000 kepada PIBG SRJK Yue Min untuk pengoperasian papan pintar serta membaikpulih atap gerbang laluan sekolah.

Ewon juga menyalurkan peruntukan untuk pembekalan 1,420 kerusi kepada sekolah ini pada tahun lalu.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Voo Li Kiam mengucapkan terima kasih kepada Ewon di atas sokongan berterusan yang diberikan kepada SRJK Yue Min.

“Dengan peruntukan sebanyak RM50,000 yang diberikan oleh YB Datuk Ewon pada tahun lepas, kami telah memasang papan pintar di semua 38 bilik darjah yang ada di sekolah ini. Saya berharap ini dapat menambahbaik minat para pelajar dalam kelas,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles