Ledakan Media Sosial Pengaruhi Akademik Pelajar – Masiung

TELUPID: Ledakan media sosial dalam era digital masa kini jelas mempengaruhi masalah akademik para pelajar jika tiada pengawasan teliti ibu bapa dan guru.

Advertisements

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, mengingatkan terutama ibu bapa supaya menghadkan penggunaan telephon pintar di kalangan anak-anak.

” Tidak dinafikan teknologi digital pada hari ini mampu memperkasa kerjaya sebuah organasasi, namun ketagihan murid sekolah melayari media sosial ternyata menjejaskan prestasi pendidikan mereka, ” tegasnya.

Masiung berucap merasmikan Majlis Apresiasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Swasta daerah Telupid/Tongod di Dewan Institut Perhutanan Sabah, Telupid semalam.

” Sebagai ketua keluarga kita tidak boleh beralasan dengan kesibukan harian apabila dijemput pihak sekolah bagi membincangkan peristasi pendidikan anak-anak.

” Kejayaan akademik anak-anak berkait rapat dengan komitmen ibu bapa dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya dengan pendidikan guru di sekolah, ” katanya.

Semantara itu, Masiung mengesa ibu bapa agar mengambil peluang untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi mendapatkan bantuan tunai sumbangan Kerajaan Negeri Sabah menerusi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI).

Setiap pelajar Sijil Peperiksaaan Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang akan menduduki peperiksaan akan menerima sumbangan RM200 seorang.

Bantuan tunai itu merupakan eshan kerajaan Sabah yang pertama kali diperkenalkan dan tidak pernah dilakukan oleh tiga siri kerajaan negeri yang lalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles