Keprihatinan Zahid transformasi Kemas amat dihargai – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir telah membangkit dan mencadangkan beberapa perkara berhubung Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada Kerajaan pusat semasa sidang Parlimen tahun 2024 yang lalu agar ianya dapat diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.

Advertisements

“Alhamdullilah, perkara tersebut telah diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Kerajaan pusat bagi memperjuangkan KEMAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah ingin merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diatas keprihatinan dan kepekaan beliau untuk mentranformasikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Suhaimi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Datuk Mohd Hanafiah Man serta seluruh warga KEMAS diatas kerjasama yang diberikan dalam memastikan transfomasi ini dapat dilaksanakan.

“Semasa lawatan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Majlis Penutupan Program Sentuhan Kasih Desa di Kompleks Sukan Tawau pada 23 Februari 2025 yang lalu, beberapa transformasi KEMAS telah diumumkan olehnya.

“Antaranya, Semua Pegawai dan Guru-Guru KEMAS yang berstatus kontrak bakal di serap ke jawatan tetap dan proses menaik taraf Tabika KEMAS secara menyeluruh dan penambahan kelas akan dibuka untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada anak – anak KEMAS,” katanya.

Tambah Suhaimi, Skim gaji baru kepada seluruh warga KEMAS bakal dilaksanakan dan Pra-Tahfiz KEMAS bakal diperkenal serta diperluaskan keseluruh tabika-tabika KEMAS.

“Alhamdullilah, perkara yang telah saya membangkit dan mencadangkan beberapa perkara berhubung Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tahun lepas telah diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Kerajaan pusat bagi memperjuangkan KEMAS,” katanya.

Suhaimi menegaskan sebagai Ahli Parlimen daripada UMNO Sabah dan Barisan Nasional, dia akan terus berusaha untuk memastikan Rakyat Sabah akan sentiasa terbela dan diperjuangkan.

“Memasyarakatkan KEMAS, merealisasikan harapan rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles