IKA Sungai Segaliud dikategorikan sebagai Bersih

SANDAKAN: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah telah menubuhkan dua stesen pemantauan kualiti air di Sungai Segaliud dengan ujian tahap keselamatan air dijalankan setiap dua bulan sekali.

Advertisements

Keputusan ujian menunjukkan Indeks Kualiti Air (IKA) adalah 84, yang dikategorikan sebagai Bersih (Kelas II).

Pada masa yang sama, Vivian Wong juga menyatakan bahawa pusat khidmat beliau telah menghantar sampel air paip Sandakan ke makmal swasta yang berkelayakan beberapa kali dalam tempoh dua tahun ini, bagi memastikan ketepatan laporan ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Air.

Seperti yang ditunjukkan dalam laporan yang dipegangnya dalam gambar.

Beliau menegaskan bahawa 70% bekalan air bersih di Sandakan berasal dari Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud, dan lebih daripada 320,000 penduduk Sandakan bergantung pada Sungai Segaliud sebagai sumber bekalan air harian mereka.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun ini, media dan media sosial telah melaporkan bahawa sungai tersebut tercemar akibat aktiviti ladang kelapa sawit, termasuk kejadian air sungai yang bertukar menjadi hitam dan kematian ikan.

“Keadaan menjadi lebih kritikal pada awal tahun lalu apabila bekalan air dari LRA Segaliud didapati mengandungi tahap klorin yang terlalu tinggi, melebihi 250mg per liter, dan tahap ‘Total Dissolved Solids’ (TDS) juga lebih tinggi berbanding air dari loji rawatan air lain,” beliau bertanya.

Timbalan Menteri menjelaskan bahawa JAS Sandakan sentiasa memantau dengan ketat empat kilang kelapa sawit (KKS) yang terletak berhampiran lembangan Sungai Segaliud.

Berdasarkan pemeriksaan terkini yang dijalankan pada November 2024, tiada kesan pelepasan efluen dari keempat-empat kilang tersebut ditemui, dan kesemuanya mematuhi piawaian.

“Selain itu, loji rawatan air Sungai Segaliud akan dimasukkan ke dalam perancangan pemeriksaan penguatkuasaan bagi tahun 2025 untuk menilai pematuhan terkini,” jelasnya.

Mengenai laporan air sungai yang berwarna hitam dan kejadian ikan mati, pegawai JAS mendapati bahawa air hitam mungkin disebabkan oleh aliran permukaan (surface runoff) dari aktiviti penanaman semula kelapa sawit atau fenomena alga bloom yang mati di dalam sungai.

Manakala kejadian ikan mati pula disebabkan oleh kandungan sedimen yang tinggi di dalam sungai akibat hujan lebat di kawasan hulu, yang mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air.

Huang berkata demikian ketika menjawap soalan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.

Mengulas jawapan tersebut, Vivian Wong menyatakan keraguan, menurut peraturan Kementerian Alam Sekitar, ladang kelapa sawit mesti mempunyai zon penampan (buffer zone) sekurang-kurangnya 20 meter dari tebing sungai.

Jika aktiviti penanaman semula kelapa sawit menyebabkan air sungai berubah menjadi hitam, adakah ini membuktikan bahawa zon penampan tidak mencukupi atau terdapat pelanggaran yang mungkin menyebabkan racun perosak mengalir ke dalam sungai?

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan mengemukakan soalan lanjut kepada kementerian yang berkaitan dalam sesi jawapan lisan di Dewan Rakyat akan datang dan meminta menteri berkenaan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, beliau berharap agar menteri juga dapat meluangkan masa untuk melakukan tinjauan di lokasi yang berkenaan bagi memahami situasi sebenar semasa beliau dijadualkan melawat ke Sandakan pada bulan April nanti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles