Kenyataan Media Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan berapa jumlah pelajar yang mendaftar di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan bagi kemasukan sesi 2024/2025.
Beliau juga bertanya sama ada kementerian itu bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak kursus atau fakulti tambahan di kampus UMS Sandakan bagi memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang sedia ada.
Vivian mengemukakan perkara itu pada sesi pertanyaan Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas, Tahun 2025
Menerusi jawapan bertulis Kementerian Pendidikan Tinggi, jumlah pelajar baharu prasiswazah yang telah mendaftar di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan pada sesi 2024/2025 adalah seramai 146 orang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar prasiswazah pada ketika ini adalah seramai 451 orang.
Jelasnya, buat masa ini, terdapat tiga program pengajian ljazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah, Sandakan iaitu ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Hortikultur Dan Landskap), ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Tanaman), dan ljazah Sarjana Muda Sains Pertanian Dengan Kepujian (Pengeluaran Ternakan).
Katanya, pihak fakulti juga sedang dalam peringkat pembangunan dua program baharu iaitu Program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian (Perladangan Kepersisan Pintar) dan Program ljazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pertanian Dengan Kepujian(Program Agropelancongan Lestari).
Jelasnya, penambahan program ini akan dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar ke UMS Sandakan dalam bidang pertanian
Di samping itu, pihak UMS juga telah meneliti keperluan fasiliti seperti kemudahan bilik kuliah dan ruang pejabat tambahan yang diperlukan untuk menampung keperluan seiring dengan kemasukan pelajar baharu dan penambahan program baharu.