Kerajaan GRS-PH Plus prihatin, utamakan kesejahteraan rakyat

KOTA KINABALU: Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) merupakan inisiatif Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pakatan Harapan (PH) Plus membantu meringankan beban rakyat demi kesejahteraan mereka.

Advertisements

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas, Haji Mohammad Bahrin Haji Abd Karim berkata, SYUKUR merupakan program kerajaan yang menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga 31 Disember 2025.

Katanya, inisiatif itu yang dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dapat membantu meringankan beban kewangan penerima bagi memenuhi keperluan asas mereka terutama golongan miskin tegar.

“Ini membuktikan keprihatinan dan kepekaan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terhadap kesejahteraan rakyat Sabah. SYUKUR amat ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama KIR miskin dan miskin tegar”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika melancarkan SYUKUR di Tuaran berkata, Kerajaan negeri akan melaksanakan satu lagi program baharu untuk membantu meringankan beban rakyat, pada tahun ini.

Katanya, inisiatif baharu ini adalah tambahan kepada beberapa program yang sudah dilaksanakan termasuk SYUKUR yang dilancarkan semalam.

“Sebagai kerajaan yang sentiasa prihatin dan peduli rakyat, terutama dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, kita kena memikirkan sesuatu untuk membantu rakyat di negeri ini.

Program ini dijangka akan diumumkan pada tahun ini sekiranya semua perancangan berjalan lancar dan teratur selain mengikut kemampuan kewangan negeri.

Sementara itu, Mohd.Bahrin berkata, selain SYUKUR, kerajaan negeri dibawah pimpinan Hajiji telah melaksanakan banyak inisiatif membantu rakyat pelbagai peringkat di negeri ini, termasuklah golongan muda.

Beliau berkata, antaranya ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) “one off”, Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU).

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan membina sebanyak 3000 buah Rumah SMJ di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini melibatkan kos sebanyak RM250 juta.

Katanya, atas keprihatinan kerajaan negeri, para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri ini akan menikmati subsidi RM300 secara one-off.

“Bantuan tersebut bagi membolehkan golongan pelajar IPT balik ke kampung menjelang musim perayaan atau cuti semester menggunakan perkhidmatan kapal terbang ataupun bas”, katanya.

Kerajaan Sabah memperuntukkan subsidi tiket penerbangan berjumlah RM10 juta untuk semua pelajar dari negeri itu yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Selain itu katanya, Kerajaan Sabah juga memperuntukkan subsidi tiket penerbangan berjumlah RM10 juta untuk semua pelajar dari negeri ini yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Mohd Bahrin berkata, setiap program dan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu mengambil masa untuk menampakkan hasil dan kesannya.

Beliau berkata, ini termasuklah perancangan pembangunan untuk rakyat terutamanya melibatkan para pelabur asing yang akan membina kilang-kilang dan industri berat di Sabah.

“Pihak pelabur asing perlu mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, termasuklah kelulusan Pelan Pembangunan, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), kerja siasatan tanah, lesen pengilang dan lain-lain yang kelulusannya melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan sebelum kilang dapat didirikan.

“Sudah pasti semua proses ini perlu mengambil sedikit masa. Yang penting ialah komitmen dan keyakinan para pelabur asing yang serius mahu melabur di Sabah”, tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles