Utamakan krisis tenaga elekrtik Sabah sebelummenjadi penyelamat elektrik Asean – LDP

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin menyatakan kekecewaan dengan pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengeksport tenaga elektrik Sarawak ke selatan Filipina melalui Sabah mulai tahun depan.

Advertisements

Beliau berkata, sementara Perdana Menteri tidak sabar-sabar meletakkan Malaysia sebagai penyedia tenaga kebajikan ASEAN, rakyat Sabah terus menderita menghadapi gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku serta catuan tenaga.

“Mungkin Perdana Menteri terlupa bahawa “charity begins at home” (beramal bermula dari rumah) atau dalam kes ini, tenaga elektrik yang boleh dipercayai harus bermula di Sabah sebelum melintasi sempadan antarabangsa.

Ironinya boleh dirasai dimana Sabah pula dijadikan laluan transit yang dicadangkan untuk skim tenaga serantau yang besar ini, Malah tidak dapat menghidupkan lampunya sendiri secara konsisten,” tegasnya.

Chin berkata, Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 2,000MW tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan semasa, namun rakyat negeri ini bergelut dengan kapasiti penjanaan 1,300MW yang tidak mencukupi.

“Sementara itu, Kerajaan Persekutuan mengharapkan kita bertepuk tangan kerana mereka mempamerkan infrastruktur kita sebagai saluran kuasa yang kita sangat perlukan untuk diri kita sendiri,” katanya.

Chin berkata, loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan Miri 500MW yang terkenal tidak akan beroperasi selama lebih kurang tiga tahun. Sementara loji janakuasa 1500MW di Bintulu, komponen utama pengeluaran tenaga Sarawak, hanya dijangka siap pada 2028.

“Apakah yang Sabah sepatutnya lakukan sehingga itu? Teruskan mengharungi kegelapan sambil melihat aliran elektrik ke Filipina mengalir melalui negeri kita?

Jika Sabah boleh disambungkan ke grid Sarawak, mengapa tidak menghantar tenaga itu kepada kita dahulu? Negeri kita memerlukan grid yang dinaik taraf dan lebih banyak bekalan tenaga dengan segera.

Mana-mana tenaga elektrik dari Sarawak harus dibekalkan ke arah memperbaiki kekurangan bekalan ke Sabah terlebih dahulu, bukan sebagai bantuan, tetapi sebagai satu keperluan,” katanya.

Chin berkata, Sabah memerlukan loji janakuasa 2000MW yang sesuai untuk memenuhi permintaan, mengurangkan kos dan menyokong industri negeri ini.

“Tetapi mari kita jelaskan; penyelesaian `patchwork’ tidak akan menyelesaikan isu akar umbi. Sabah memerlukan loji janakuasa 2000MW yang sesuai untuk memenuhi permintaan, mengurangkan kos dan menyokong industri kita,” katanya.

“Kepada Perdana Menteri, saya bertanya soalan ini: Bagaimanakah Malaysia boleh mendakwa sebagai pemimpin tenaga serantau apabila sebahagian negara kita sendiri dibiarkan dalam kegelapan.

Sebelum cuba menarik perhatian ASEAN, pastikan semua rakyat Malaysia terutamanya Sabah mempunyai tenaga elektrik yang mencukupi dan boleh dipercayai terlebih dahulu. Rakyat Sabah sudah bosan diperlakukan sebagai hal yang terpinggir dalam keutamaan pembangunan nasional.

“Kami menuntut tindakan segera untuk menangani krisis tenaga kita sebelum infrastruktur kita digunakan untuk meningkatkan kedudukan serantau Malaysia dengan perbelanjaan kita,” tegas Chin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles