Pekan baharu perlu diwujudkan di Sipitang sejajar keperluan pembangunan industri di SOGIP – Dr Yusof

KOTA KINABALU: Sudah sampai masanya sebuah bandar baharu diwujudkan di Sipitang berikutan pembangunan yang semakin rancak di Taman Perindustrian Minyak Dan Gas Sipitang (SOGIP).

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, perancangan mewujudkan bandar baharu ini sudah dicadangkan sebelum ini terletak di Sindumin di kawasan sempadan antara Sabah dan Sarawak.

Katanya, kawasan ini strategik kerana turut menjadi laluan pelancong dari Brunei Darusaalam jika ke Sabah selain pengunjung dari Sarawak.

“Pada masa sama, bandar baharu ini dapat memenuhi keperluan pembangunan industri di SOGIP selain Pekan Sipitang,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Projek
Pembinaan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum di SOGIP oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, semalam.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, Pekan Sipitang juga perlu bersih dan indah termasuk dengan ketibaan mereka yang terlibat dalam perindustrian di SOGIP.

“Ini saya minta orang Sipitang faham apa maksud saya, pemikiran kena berubah berikutan kesan pembangunan industri di SOGIP,” katanya.

Beliau menyifatkan pembangunan di SOGIP bakal merubah landskap daerah Sipitang secara keseluruhannya.

Katanya, sudah tentu impak ekonomi akan dinikmati penduduk Sipitang yang memerlukan mereka untuk bersedia dan terlibat sama khususnya kalangan usahawan industri hiliran.

Menurutnya, peluang pekerjaan yang wujud harus direbut oleh penduduk Sipitang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles