UMNO Sabah Utamakan Perjuangan Rakyat – Jeffery Nor

PUTATAN: UMNO Sabah tidak akan melayan politik murahan yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan parti itu.

Advertisements

Menurut laporan UMNO Online,
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed
mengakui wujudnya pihak yang sengaja memanipulasi isu serta menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan UMNO.

Bagaimanapun, katanya parti itu tetap teguh dalam perjuangannya dan fokus dalam gerak kerja khidmat bakti demi rakyat.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, Sabah masih berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kadar kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, masalah infrastruktur serta keperluan asas seperti air dan bekalan elektrik.

Tambahan pula katanya, kemajuan negeri terbantut ekoran pelbagai perkara dan kini turut dicemari dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin kerajaan negeri, yang menurutnya semakin membimbangkan rakyat.

Katanya rakyat Sabah mahukan sebuah kerajaan yang stabil agar pembangunan dapat diteruskan dengan lebih baik berbanding keadaan sekarang.

Justeru itu, Jeffery berkata pilihan raya akan datang adalah medan terbaik untuk rakyat kembali memilih kerajaan negeri berjiwa rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles