Kelab Wiki Kent, IPGM kampus Kent laksana bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun 


TUARAN: Kelab Wiki Kent dengan kerjasama Jabatan Bahasa Kadazandusun, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent telah melaksanakan satu bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun di sini baru-baru ini.

Advertisements

Bengkel itu, antara lain bertujuan
memperbanyakkan lagi kosakata dalam platform Wikikamus bagi mendigitalkan bahasa Kadazandusun.

Program sehari itu merupakan inisiatif baru dalam  memelihara dan memperkayakan lagi bahasa Kadazandusun melalui pendigitalan bahasa yang disertai para ilmuan yang terdiri daripada siswa guru PISMP BKD ambilan September 2021-2026 dan PPISMP BKD Jun 2024-2029.

Antara fokus bengkel tersebut,
termasuk menyunting dan menyumbangkan halaman baru di platfom Wikikamus dengan memasukkan perkataan dan audio bunyi perkataan tersebut.

Melalui pendekatan visual dan audio ini, pengguna yang bukan penutur bahasa Kadazandusun mahupun penutur bahasa Kadazandusun sendiri dapat mempelajari dan bertutur dalam bahasa ini dengan lebih mudah.

Selain itu, ia memudahkan pengguna memahami penggunaan Wikikamus, pengolongan kata dan contoh penggunaan ayat telah ditambah pada halaman yang telah dihasilkan.

Bengkel Wikikamus Etnik Kadazandusun itu bukan sahaja bertujuan memasukan kosa kata semata-mata tetapi pertandingan memasukkan kosa kata terbanyak juga turut dijalankan dan ianya akan berlanjutan sehingga 21 Februari.

Sekurang-kurangnya 19 peserta berjaya membuat suntingan terbanyak akan layak untuk menyertai bengkel Wikikamus Momogun yang akan diadakan di Kudat, Sabah pada Mac depan.

Objektif utama pelaksanaan bengkel itu ialah mewujudkan lebih banyak lagi rujukan kamus yang dapat diakses secara percuma dalam bahasa Kadazandusun serta membantu dalam usaha untuk mempertahankan dan memelihara bahasa ibunda.

Pengarah IPGM Kampus Kent Dr. Norafidah binti Noralidin berkata aktiviti penambahan lema bahasa Kadazandusun dalam platform Wikikamus memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa Kadazandusun di era yang semakin moden.

Beliau percaya bahawa impak dari bengkel ini akan memberikan manfaat kepada generasi kaum Kadazandusun di masa akan datang.

Encik John Bin Gitom, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun pula berkata program sebegini merupakan projek yang relevan dan penting kerana dapat meluaskan lagi perbendaharaan kata bagi para peserta.

Encik John Gitom juga berharap agar projek Wikikamus tersebut diteruskan kerana teknologi berperanan penting dalam kemajuan bahasa ibunda ke peringkat antarabangsa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles