Kenyataan Media oleh Darell Leiking, Timbalan Presiden
Parti Warisan
KOTA KINABALU: Saya telah menerima banyak panggilan serta pesanan Whatsapp dari wartawan, ahli parti Warisan dan orang awam yang bertanyakan saya adakah ianya benar bahawa satu persefahaman pilihanraya antara Warisan dan BN Sabah telah dibuat sepertimana yang dikongsikan oleh sebuah page di Facebook semalam (13 Februari).
Untuk pengetahuan semua, saya mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang persefahaman pilihanraya dibuat antara Warisan dan BN Sabah (termasuklah dengan mana-mana parti politik yang lain) yang membabitkan kerusi-kerusi DUN sepertimana yang dikatakan oleh page tersebut.
Perkara ini (termasuklah juga pendapat yang dikemukakan oleh pelbagai pihak supaya Warisan membuat kerjasama pilihanraya) juga tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi Warisan mahupun Biro Politik Warisan untuk dibincangkan.
Oleh yang demikian, hantaran tersebut tidak lebih daripada andaian dan spekulasi yang selalunya kita akan nampak menjelang pilihanraya.
Dan berdasarkan kepada perkembangan politik terkini, saya berpendapat bahawa Pengerusi GRS, Hajiji Mohd Noor berkemungkinan besar mengharapkan kerjasama dengan BN Sabah dimana ketika Persidangan Agung Tahunan PBS ke 39 pada 29 Oktober 2024 di KDCA, beliau (Hajiji) sendiri mengatakan bahawa GRS terbuka berbincang kerjasama dengan BN Sabah.
Merujuk kepada kesediaan PH Sabah untuk terus bersama dengan GRS, maka kita tidak perlu hairan mengapa Hajiji mahu BN Sabah berkerjasama dengan gabungan tersebut. Ini semua hanyalah untuk memastikan GRS terus memerintah negeri ini.
Tidak ada persefahaman pilihan raya antara Warisan dan BN Sabah
Advertisements