Kerajaan GRS pimpinan Hajiji wajar diberi mandat semula pada PRN17 – Dr Clarence

PENAMPANG: Kerajaan sedia ada yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wajar diberi mandat semula pada PRN17 berdasarkan rekod pentadbiran yang baik sepanjang empat tahun memerintah.

Presiden Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (MAJAPS), Datuk Seri Panglima Dr Clarence Bongkos Malakun berkata, ini supaya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mentadbir negeri ini dapat meneruskan agenda pembangunan yang dirancang menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sehubungan itu, katanya rakyat Sabah diharap tidak terpengaruh dengan pelbagai dakwaan buruk dan kritikan tidak berasas terhadap GRS dan kerajaan negeri sekarang.

Sebagai contoh katanya, kritikan yang dilemparkan pihak tertentu kepada kerajaan negeri berhubung masalah banjir yang berlaku di negeri ini.

Mana ada negara di dunia tidak menghadapi bencana. California (Amerika Syarikat) pun dilanda musibah kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya, di Pelunggal Villa, Limbanak dekat sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun; Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong Siew Guen; Datin Seri Panglima Sylvia Malakun (isteri Dr Clarence); Adun diLantik Datuk Lo EE Eng dan isteri Datin Soh Kee Suat.

Dr Clarence berkata, sebagai rakyat jelata negeri ini, beliau melihat kerajaan hari ini yang dipimpin Hajiji telah melaksanakan kewajipannya dengan baik.

“Saya ucapkan syabas kepada ketua menteri terutama ketika sambutan perayaan ini dan kerajaan pempinan beliau akan terus bertambah baik untuk mengurus ekonomi negeri ini dan, berharap beliau dan kerajaan hari ini akan terus mendapat sokongan padu rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) ke 17 yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Dr Clarence yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) menyambut baik peruntukan kira-kira RM25 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperbaiki segera infratruktur yang rosak dan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak.

“Ini membuktikan kerajaan hari ini memberikan keutamaan terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis
Kenduri Rakyat di Ipoh, pada Jumaat.

Menyentuh sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata, ia merupakan medium memupuk keharmonian dan perpaduan antara semua kaum ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam pelbagai bidang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles