KOTA KINABALU: Sambutan Tahun Baharu 2025 di Sabah diraikan dengan meriah meskipun hujan sedikit merencatkan suasana.
Rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan mempamerkan semangat kebersamaan dengan menyertai acara Rumah Terbuka, termasuk di peringkat kampung, sempena Tahun Baharu Cina.
Di Kota Belud, Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ADUN Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sempat meluang masa hadir menceriakan Rumah Terbuka yang dihoskan oleh Datuk Andy Chua.
Turut hadir ialah penduduk setempat dan rakan-rakan seperjuangan di Kampung Tombol yang terletak tidak jauh dari pekan Kota Belud.
Tahun Baharu Cina yang disambut tahun ini merupakan tahun Ular dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa kegembiraan, tenaga positif dan kemakmuran berlipat ganda.