SOOK: Seorang mantan kakitangan awam kerajaan negeri optimis bahawa naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dr Oswald Aisat manpu melakukan kejutan sekiranya terpilih bertanding di kerusi itu pada Pilihann Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Dakus Dalat, 60, anak jati tulid berkata keyakinan itu berdasarkan pengamatannya dan maklum balas rakyat yang melihat Dr Oswald sebagai pemimpin tempatan yang berkarisma.
“Selama ini saya sering dengar nama Dr Oswald, bakal calon KDM DUN Tulid seorang yang mempunyai keperibadian yang luar biasa.
“Dia seorang berkelulusan PhD tetapi sering bergaul dengan masyarakat dengan rendah hati seolah beliau seorang biasa,” katanya.
Dakus berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian parti KDM kepada Dr Oswald pada satu majlis ringkas di Minawo, Tulid pada Sabtu.
Menurutnya ramai masyarakat menyokong dan mendokong perjuangan parti KDM, dan sebab itu, Dakus mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan parti tempatan itu.
Dakus turut menzahirkan komitmen untuk berkempen memenangka parti KDM dalam PRN ke-17 nanti.
DUN Tulid kini diwakili Datuk Flovia Ng daripada parti STAR yang menganggotai gabungan parti GRS.