Lapan pasukan berentap di peringkat Separuh Akhir kejohanan Keningau Premier League Musim 2024/2025 – Rafie Robert

KENINGAU : Empat pasukan mengesahkan diri ke peringkat separuh akhir bagi kejohanan ‘Keningau Premier League Musim 2024/2025 berlangsung di Kompleks Sukan Keningau bermula pada 25 Januari.

Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Keningau (Keningau FA), Rafie Robert berkata, perlawanan pertama separuh akhir itu bermula dengan pasukan Tenang FC akan bertemu MDK FC bermula pada 3.00 petang nanti.

Katanya, pada perlawanan separuh akhir kedua BSC FC akan menentang Inter United FC bagi kejohanan Keningau Premier League 1 MP Project Cup jam 3.00 petang pada 26 Januari ini.

“Pada perlawanan separuh akhir seterusnya Keningau Premier League 2 Shap Cup menampilkan empat pasukan akan beraksi pada peringkat separuh akhir.

“Antaranya pasukan NY7 Daras FC akan menentang Inter United FC II bertemu pada 1 Febuari ini jam 3.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafie merupakan Naib Presiden Empat Persatuan Bola sepak Negeri Sabah (SAFA) berkata, perlawanan seterusnya pada 2 Febuari nanti, JJ FC akan menentang Nabawan FA jam 3.00 petang juga akan berlangsung di Kompleks Sukan Keningau.

“Sebanyak 30 pasukan beraksi pada kejohanan bola sepak Keningau Premier League (KPL) edisi 2024-2025 bermula pada 9 November tahun lalu.

“Kesemua pasukan menyertai kejohanan ini merupakan dari sekitar Keningau, Tenom, Pagalungan, Nabawan, Beaufort dan Kota Kinabalu.

”kejohanan ini dijangka berakhir pada bulan Februari 2025. Saya mengharapkan ada pasukan dari premier league ini dapat menyertai kejohanan yang lebih tinggi lagi di peringkat kebangsaan ataupun Asia selepas ini,” jelas Robert.

Menurutnya, ini merupakan kesinambungan kejohanan Keningau CUP FA 2015 dan dijenamakan kepada KPL dengan dibahagi kepada dua liga utama.

“Iaitu Liga Satu MP Projek Cup, sebanyak 17 pasukan berentap bagi kategori terbuka untuk semua peringkat umur, manakala Liga Dua Shap Cup disertai oleh sebanyak 13 pasukan untuk kategori pemain berumur 18 tahun kebawah.

“Kejohanan Keningau FA Cup melibatkan pasukan empat teratas dari KPL Liga 1 dan Liga 2 yang menawarkan format lebih kompetitif, sekali gus menguji ketangkasan dan strategi pasukan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles