TEKUN sedia dana RM75 juta bantu 3,000 usahawan Perak

SUNGAI SIPUT: Tekun Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mensasarkan peruntukan sebanyak RM75 juta untuk membantu 3,000 usahwan informal dan mikro negeri Perak, tahun ini.

Advertisements

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, secara keseluruhannya TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan bernilai RM10.07 billion kepada 593,605 usahawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Disember 2024.

“Manakala bagi Negeri Perak, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM678 juta kepada 40,726 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 18 pejabat TEKUN Cawangan.

“Pembukaan pejabat TEKUN Cawangan Sungai Siput di lokasi yang baru ini adalah antara usaha memperkukuhkan kedudukan serta memberi manfaat kepada para usahawan bagi kawasan setempat khususnya Sungai Siput,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pejabat TEKUN Cawangan Sungai Siput, di sini, hari ini.

Ewon berkata, TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan.

Pejabat TEKUN Cawangan Sungai Siput ini merupakan pejabat yang ke-175.

“Saya pasti pembukaan pejabat baru TEKUN Cawangan Sungai Siput ini akan memudahkan semua usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

“Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan saya yakin TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara,” katanya.
 
Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Tekun Nasional Dato’ Haji Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga,Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Dato Salbiah Mohamed, Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan A/L Subramaniam dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Dato’ Adam Abdul Ghani.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles