BERSATU Sabah tidak terjejas akibat tindakan Aksyah Nasrah sertai GRS – Muhammad Affan

KOTA KINABALU : BERSATU Sabah tidak akan terjejas selepas pengunjman Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Aksyah Nasrah bertindak keluar menyokong perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisements

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Muhammad Affan Jumahat berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan hanya Aksyah Nasrah bersama Setiausaha Bahagian Kinabatangan bertindak keluar parti sertai GRS.

Katanya, ketika ini Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Kinabatangan sudah mengambil alih tugas ini sekali gus operasi parti ini berjalan seperti biasa.

“Kita mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Aksyah Nasrah serta terima kasih atas segala sumbangan dan perkhidmatannya ketika bersama-sama BERSATU Sabah.

“Kita juga mengesahkan setakat ini tidak ada bahagian lagi bertindak menyertai Aksyah Nasrah untuk meninggalkan parti ini di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Affan berkata, setakat ini BERSATU Sabah sedang sibuk terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka berlangsung pada tahun ini.

“Kita ketepikan dulu isu Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini. Apa yang penting adalah fokus kepada persiapan ke arah PRN Sabah.

“Kita yakin dibawah kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, BERSATU Sabah akan kembali menarik minat golongan muda menyertai parti ini pada masa depan” jelas Muhammad Affan.

Menurutnya, BERSATU Sabah akan terus memberi perhatian sepenuhnya mengukuhkan semua bahagian seluruh negeri khususnya menjelang PRN Sabah yang akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles