Keahlian Gagasan Rakyat Tambunan melonjak 12,000 orang

TAMBUNAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tambunan mencatatkan peningkatan keahlian, dengan keanggotaan yang kini berjumlah 12,000 orang.

Advertisements

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut berkata, jumlah itu mengatasi sasaran awal parti untuk mendaftar seramai 10,000 keahlian menjelang akhir tahun 2024.

“Pencapaian ini menjadikan Gagasan Rakyat Tambunan mendahului senarai keanggotaan paling ramai di kalangan bahagian parti itu di Sabah.

“Ia Juga sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Tambunan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmkikan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru 2025 Gagasan Rakyat Tambunan, di Dewan Terbuka Pisompuruan Square, Tambunan disini pada Sabtu, 28 Dis.

Victor berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja keras kepimpinan parti itu dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat daerah itu.

“Saya sungguh gembira dengan pencapaian ini dan kagum dengan kerja keras yang ditunjukkan kepimpinan parti disamping sokongan padu daripada rakyat.

“Ini membuktikan Gagasan Rakyat adalah parti masa depan untuk rakyat Tambunan,” katanya dan menambah, dengan sokongan rakyat parti itu akan terus turun padang membantu akar umbi untuk memperkuatkan parti supaya menjadi lebih besar,” katanya.

Menjawab soalan lain, Victor berkata, keanggotaan yang besar itu sudah tentu memberi isyarat jelas bahawa Gagasan Rakyat Tambunan telah diterima rakyat dengan baik sekali.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles