MAN main peranan penting dalam menjaja adat resam dan keharmonian penduduk kampung – Dr Yusof

SIPITANG: Mahkamah Anak Negeri (MAN) di peringkat daerah memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menjaga adat resam dan keharmonian penduduk kampung.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia sejajar dengan pewujudan MAN untuk mempastikan kebajikan kaum-kaum yang tinggal di luar bandar terpelihara dan adat resam mereka terjaga.

Katanya, Kerajaan telah melantik Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung (KK) untuk menganggotai MAN termasuk mengadili sebarang kesalahan-kesalahan adat.

“Justeru, peranan MAN ini sangat penting dalam mewujudkan suasana harmoni di kampung dan menjaga adat resam kaum. Kerajaan mengiktiraf peranan MAN ini,” katanya pada Majlis Makan Malam MAN Daerah Sipitang di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Abd Karim A.M Zahari, KAN Daerah Sipitang OKK Daut Kassim dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Sindumin Asryaf Munir.

Dalam pada itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Berhad berkata, terdapat 43 KK sudah dilantik di daerah ini berbanding 63 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Katanya, jumlah KK yang ada ketika ini tidak seimbang dengan jumlah JKKK yang ada menyebabkan ada KK menjaga lebih tiga kampung.

Beliau berkata, sebaiknya KK menjaga dua hingga tiga kampung atau sesuai seorang KK menjaga sebuah kampung.

Menurutnya, sebagai ADUN, beliau akan memperjuangkan perkara ini agar pentadbiran di peringkat kampung lebih teratur dan keharmonian penduduk kampung terus terjaga.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles