Graduan Berkemahiran Menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya

KOTA KINABALU: Cyberjaya College Kota Kinabalu dengan bangganya menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang berprestij, menyaksikan penganugerahan ijazah kepada 277 graduan.

Advertisements

Acara yang penuh bermakna ini menzahirkan komitmen Kolej dalam menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui pembangunan modal insan, penggalakan pembelajaran sepanjang hayat, serta peningkatan kesejahteraan komuniti.

Majlis konvokesyen ini adalah satu tanda aras dengan pencapaian penting bagi para graduan, yang kejayaan mereka mencerminkan komitmen Kolej dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berpengetahuan.

Dengan membekalkan pelajar berkemahiran dan berpengetahuan, Cyberjaya College Kota Kinabalu akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Sabah secara keseluruhan.

Dalam ucapannya, Profesor Dr. David Whitford, Naib Canselor University of Cyberjaya, yang menganugerahkan ijazah kepada para graduan, berkata, “Graduan, bawalah semangat ingin tahu, ketabahan, dan integriti ke mana sahaja anda pergi. Ingatlah, kejayaan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi perubahan positif yang anda bawa kepada dunia.”

Ketua Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu, (Dr.) Awang Faisal Assyiffa bin Ag. Rahim menekankan sumbangan Kolej kepada inisiatif pembangunan negeri.

“Graduan berkemahiran yang dilahirkan oleh Cyberjaya College Kota Kinabalu adalah bukti komitmen kami terhadap pendidikan dan kesejahteraan komuniti. Saya percaya mereka akan terus menyumbang dengan signifikan, terutamanya dalam bidang kesihatan dan bidang berkaitan.

Hari ini, kami telah menganugerahkan Diploma dalam Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan, Psikologi, Pengajian Perniagaan, dan Kejururawatan, yang mencerminkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan Sabah.

Anugerah Pengerusi bagi Kelas 2024 telah dianugerahkan kepada Emily Yapp Sian Fui, graduan Diploma Psikologi yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan.

Diiktiraf atas Pencapaian Akademik Terbaik, Emily juga telah berkhidmat sebagai Presiden Junior Psychologist Club, Naib Presiden Artisans Club, dan Setiausaha 1 Majlis Perwakilan Pelajar. Dalam ucapan valedictorian yang penuh inspirasi, beliau mengimbas kembali perjalanan kolektif para graduan.

“Melalui suka dan duka, kita telah belajar, berkembang, dan berusaha untuk mencapai saat yang bermakna ini. Berdirinya kita di sini untuk menghadapi peringkat hidup yang seterusnya, kita harus menyambut peluang untuk membentuk masa depan, mengejar minat, dan membentuk legasi yang bermakna.”

Institusi ini kekal teguh dalam komitmennya menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan melahirkan graduan berkemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negeri. Cyberjaya College Kota Kinabalu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Kelas 2024 atas pencapaian mereka yang cemerlang.

Cyberjaya College Kota Kinabalu kini membuka permohonan bagi tahun akademik 2024/2025. Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh memohon melalui laman web kk.cyberjaya.edu.my/mohon atau hubungi kolej melalui WhatsApp di 019-3888621.

Ditubuhkan pada tahun 2008, Cyberjaya College Kota Kinabalu berada di hadapan transformasi pendidikan, menawarkan kemudahan dan makmal yang lengkap. Kolej ini komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan memperkayakan pengalaman pelajar, yang telah melayakkan kolej ini menerima penarafan ‘Kompetitif’ dalam Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2022.

Kolej ini juga afliasi kepada University of Cyberjaya, yang memberikan manfaat melalui perkongsian sumber, pemindahan ilmu, dan penanda aras kualiti. Universiti tersebut baru-baru ini mendapat penarafan 5 Bintang dalam QS Universities Rankings, menyokong Cyberjaya College Kota Kinabalu dan institusi saudaranya, Cyberjaya College Kuching.

Semua institusi di bawah jenama Cyberjaya beroperasi dengan visi untuk meningkatkan komuniti melalui akses pendidikan berkualiti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles