KPM jadikan sekolah daif sebagai keutamaan negeri Sabah 2025 – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menyambut baik hasrat Kerajaan untuk mencapai sasaran sifar sekolah daif menjelang 2029.

Suhaimi juga turut memohon agar Kementerian dapat meneliti sekolah-sekolah tersebut serta menjadikan ianya sebagai senarai keutamaan negeri bagi tahun 2025.

“Di Kawasan saya, terdapat 16 buah sekolah yang daif dan amat memerlukan perhatian daripada kerajaan. Sekolah – sekolah seperti SK Sakilan Desa dan SK Gum-Gum Kecil, menghadapi masalah infrastruktur seperti bangunan yang lama.

Beliau yang juga Ketua Penerangfan UMNO Sabah menjelaskan sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas seperti tandas dan bekalan air bersih.

“Para pelajar di SK Tanjong Pisau dan SK Sungai Manila pula, mereka terpaksa menggunakan cabin usang yang mengalami masalah pendawaian elektrik sebagai kelas pembelajaran.

“Keadaan di sekolah – sekolah tersebut adalah tidak kondusif untuk para pelajar bagi menumpukan perhatian untuk pembelajaran. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan memandangkan bangunan tersebut adalah tidak selamat digunakan,” katanya semasa membahas Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa yang sama, Suhaimi juga Ketua UMNO Bahagian Libaran mencadangkan kepada Kementerian agar cadangan memansuhkan ujian serta pembelajaran berorientasikan pepersiksaan tidak dilaksanakan.

“Ujian seperti UPSR di peringkat sekolah rendah adalah penting bagi mengenal pasti tahap penguasaan 3M dan pencapaian akademik seorang murid. Hasil daripada ujian tersebut juga boleh digunakan bagi proses penempatan ke Sekolah Menengah atau Sekolah Berasrama Penuh.

Suhaimi berpandangan, kaedah pentaksiran semasa yang digunakan bagi menilai pelajar, adalah kurang sesuai dan tidak semua sekolah mempunyai sumber mencukupi untuk melaksanakan Penaksiran Berasaskan Sekolah dengan efektif, terutamanya di kawasan pedalaman Sabah.

“Guru-guru juga menghadapi beban tambahan dalam menyediakan pentaksiran berterusan, yang mungkin menjejaskan fokus pada pengajaran perkembangan pelajar berasaskan kaedah tersebut boleh dilaksanakan.

“Tetapi, ianya hanya terpakai kepada subjek-subjek tertentu seperti Sains serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan cadangan ini, penilaian terhadap penguasaan akademik serta perkembanngan pelajar dapat dilaksanakan secara holistik.

Dengan cara ini juga, beliau menegaskan Kementerian dapat mengurangkan tekanan kepada murid, dan seterusnya menggalakkan mereka ini untuk seronok ke sekolah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles