Jeffery persoal keperluaan sekretariat lain – SMJ untuk selaras bantuan orang miskin

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed mempersoalkan keperluan sekretriat lain teruatama SMJ untuk menyelaras bantuan kepada golongan miskin sedangkan sudah ada Jabatan Kebajikan Negeri Sabah yang boleh diperkasakan.

Advertisements

“Adakah keperluan pembaziran wang rakyat untuk melantik agensi lain bagi menyalurkan bantuan.

“Apa guna ada unit UPPM sehingga ada lantikan dua PPM dalam satu atau dua DUN. Antara asas tugasan UPPM ialah pengumpulan data termasuk data penduduk dikategorikan miskin dan miskin tegar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata kakitangan UPPM di DUN masing-masing mesti lebih efektif dari segi komunikasi bersama pemimpin-pemimpin setempat dan tidak selektif dalam menjalankan tugas pengumpulan data.

Menurutnya bagi memudahkan pendataan, terdapat keperluan ‘zoning area’ yang mana ada daerah-daerah yang boleh difokuskan mengikut keutamaan.

“Miskin pinggir bandar juga perlu diambil perhatian yang sewajarnya pihak majlis perbandaran bersama UPPM dan jabatan kebajikan pula perlu lebih kerap ‘bersama’ dan mengurangkan jarak mesyuarat fokus group supaya kekerapan utk membuat keputusan segera daoat dilaksanakan…perubahan ini perlu dilaisanakan segera,” katanya.

Jeffery turut menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Ketua Penerangan parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Haji Nizam Datuk Abu Bajkar bahawa mereka yang miskin atau miskin tegar itu “malu” untuk memaklumkan situasi merela.

“Sebenarnya tugasan itu ada pada agensi-agensi yang perlu kerap berkomunikasi dengan pimpinan setempat dn selalu turun padang, agar sangkaan negatif tidak lagi ditunjukkan oleh mereka yang sangat memerlukan bantuan daripaaa kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Jeffery berpendapat sudah tiba masanya “kira semua mahu berubah”.

Katanya keperluan mendesak perlu ditangani dengan lebih efektif termasuk membina ‘kolam ekonomi’ bagi zon-zon yang dikategorikan miskin dn miskin tegarnya tinggi.

Katanya ini memastikan asas dalam membentuk ekosistem ‘pusingan kewangan’ itu dapat dijalankan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat persekitarannya.

“Pendidikan juga amat penting kerana ianya dapat merubah nasib diri dan keluarga…jadi sudah tentu bukan saja setakat mengambil data ketua isi keluarga untuk bantuan miskin tetapi bantuan pendidikan kepada anak-anak mereka dapat juga disalurkan bantuan untuk jangka masa panjang.

“Dengan cara itu, rakyat Sabah yg miskin keluar dari kepompong kemiskinannya bukan saja setakat bantuan bulanan kebajikan, zakat, bakul makanan tapi kita melihat kepada sudut jangka masa panjang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles